Searching For Jannah

D'Boss!

♥ Love Allah . Love Rasulullah . LOve Al-quran . Love Islam Forever ♥


Entries About Linkies Stuff


Chatting


Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Howwlidayyy....

Assalamualaikum w.b.t


Cuti sudah menjelma lagi. Cuti... Apakah itu cuti? Haha. Cuti ni aku macam biasa lah tak pegi memana. Pegi tu pegi lah jugak, cuma tak ke luar negeri lah. Maklumlah musim banjir. Kesian derang yang tinggal kat Johor, Pahang, Kelantan dengan Terengganu. Hmm, redha je lah kan tengah musim hujan je.

Okay sambil-sambil tu kita bacakan doa dulu.

Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Amin ya rabbal alamin.

Back to the topic. Tahun ni macam busy sangat. Abang aku praktikal. Lagi sorang baru je merdeka. Habis yespiyyeemm katakan. Untunglaa dah habis sekolah. Alah tapi mesti bosan duduk rumah je. Padan muka!

Kak Long sambung master dekat Nottingham, UK. Saja nak rasa tempat orang katanya. Best gila kot tengok gambar-gambar dia. Rasanya tempat dia belum salji lagi. Dia dah dekat sana, apa lagi aku suruh dia belikan jersey Arsenal lah. Hahaha. Amek peluang sikit. Dah dapat pinjaman dari MARA. Kaya lah dia. Pakai Samsung Galaxy Note 3 kau jahh. Tak pe aku tak minat. Sony dah teperap dalam sanubari ku. ( poyo )

Engkorang tak pegi memana ke? Oh untunglah pegi Indon. Haha tu kawan aku lah tu. Kata nak bagi souvenir, tapi tak bagi. Lina! Kata nak bagi? Mananya? Hahah. Ada lagi sorang pegi Indon. Fatinnnnn! Mana souvenir aku? Sampai nya hatimuu.(  Poyo again )

Rasanya macam dah banyak sangat aku membebel. Okay sampai sini je lah. insyaAllah kalau ada masa aka nada cerita lagi.

Assalamualaikum, bye.


Cuti ! :D

Assalamualaikum w.b.t



Hai-hai semua orang! Dah lama tak menghapdate blog. Hahah, masa tu ada tapi idea tarakk! Ngehngeh. Actually, nak cite sikit pasal cuti ni. Hmm, sebenarnya tak pergi mana-mana pun. Cuma dapat pergi tempat-tempat yang dekat je. Macam Setia City Mall, JJ Bukit Tinggi and others yang dekat dengan rumah.

Bukan tanak melancong ke negeri orang. Tapi macam biasa lah ayah kerja, mak cuti tapi disebabkan mak mengajar bebudak UPSR. So, ada kelas tambahan. Ayah rancang Jumaat ni nak pergi Port Dickson, tapi ada hal yang tak dapat nak dielakkan jadi batal :( Huwaaaaa! I’m so booorrriinggggg maaaaaa!!

Actually, tak de lah boring sangat pun duduk rumah. Hahah. Macam k****g dah aku cakap. Kejap boring kejap tak. Lantaklah. Sebabnya sekarang ni, boleh dikatakan setiap pagi kakak aku akan ajak aku pergi jogging. Yaaa. Jogging! Penat la hari-hari jogging. Kitorang selalu jogging kat Tasik Seksyen 7 Shah Alam je. Alah yang depan UNISEL tu. Hahh. Tau kann? Heheh. Besar doh trek nya. Penattt! *asyik penat je* hahah. Sapa tak kenal aku? Penat jee manjang -.-

Nak tengok tak gambar tasik tu? Hah, ni dipersilakan tengok! 





MasyaAllah. Lawa kan? Actually. Ni tak edit tau! Ini gambar, original punyaa. SubhanAllah. Indah sungguh ciptaan Allah :’) pokok-pokok yang menghijau. Bila kita hayati betul-betul kan. Maybe kita akan menangis. Sebab apa? Yela. Sebab kekuasaan Allah tiada bandingannya! Allahu Akbar :))

Okay. That’s all for today.

Bye and Assalamualaikum!



Sorry dan Baruu! :D


Assalamualaikum w.b.t


Hai-hai! Sorry lah dah terlampau double triple lampau tak menghapdet blog. Haha, semua kawan aku dah bising. Takdelah ramai pun. Dua orang saje. *Aleya dan Ezzah* lagi sekali sorry. Busy gile wehh! So, tak sempat lah. Sebenarnya saja tak nak update. Sebab blognya buruk -.-

First nak cerita pasal sekolah. Hmmm, sekolah. Alhamdulillah, okay je. Semua tau kan keadaan sekolah macam mana? Ehehe. Cuma! Eh? Ada Cuma pulakk? PBS! Batch 99’s insyaAllah amat benci dengan benda ni -.- tau tak susah gila buat benda ni. Sesetengah orang maybe? Akan berasakan mereka malas untuk belajar bersungguh-sungguh. Yelah kan? Takde peperiksaan. So, time cikgu mengajar, buat dekk je lah. Seperti diri saya! Haha. Pastu kalau cikgu bagi kertas PBS tu, kitorang tiru buku. Sebenarnya tak boleh. Tapi nak buat macam mana kan? :p

Kitorang ada pekse, tapi untuk matapelajaran Al-azhar je lah. Hmm, maybe ada pekse jugak untuk PBS ni. Kalau tak silap, bulan 5 atau 6. Pekse ni bukan cikgu yang buat. Kementerian yang buat. Namanya peperiksaan pusat. Takut gile doh. Da lah tak penah pekse. Ni tetibe pulak nak buat? Huhh. Sangat menggerunkan! >.<

Lagi satu. Perasan tak blog aku dah berubah? Eh? Ada ke orang perasan. Haha lol. Tak kesah lah. Lawa kan? Aku carik dekat BLOGSKIN. Terima kasih yang teramat sangat diucapkan kepada kawan saya, ALEYA! Thank you Aleya. Nah muahh setepek! :* haha. Geli kayy? Dialah yang menyarankan aku guna BLOGSKIN ni.

Mungkin aku takkan ubah background blog ni. Sebab background ni sangat lawa. Dia pasal keagamaan sikit. Cuma lagu dengan gambar yang tertentu aku tukar. Mula-mula lagu dia lagu KOREA. Lagu pe tah. Aku tak minat KOREA pun. So, aku tukar lagu Adamu by Akak Najwa Latif.
Okay, maybe ni je kot untuk entry kali ni. Kalau rajin, aku hapdet lah blog ni. Haha :p

Bye dan Assalamualaikum!


Sekolah ? Tidakkkk !

Assalamualaikum w.b.t




Haha , annoying je gambar tu . Btw , minggu depan sekolah ! hahhh ? apa da jadi ? rasa baru je cuti , dah nak sekolah . tak nak ! tak nakk ! tak nakkk ! emmm nak tak nak , kenelah terima hakikat .

Pejam celik pejam celik , dah nak bukak sekolah . saya form 2 ? haha , pelik beno . tapi seriously , I’m so scared :( takut gilakk . bukan apa , takut cikgu nye garang , kerja sekolah bertambah dan lain-lain .

Tapi ada jugak yang kelakar . tahun depan kene gelarkan diri sebagai KAKAK ! haha , macam pelik je . kak qiba ! kak qiba ! haha , adik aku pun tak panggil aku kakak . apa lagi orang yg aku tak kenal ? haha , LOL -.-

Emm , kelas pun tak tau lagi . macam mana nak sekolah ? cek kat laman web sekolah , yg ada untuk form 5 dengan form 3 . form 2 ? yeayy yeay tak yah sekolah ! haha . dengar cite , ikut markah matapelajaran Al-Azhar . perghhh , lagi lah takut x(

Harap-harap dapat la sama kelas dengan geng . very-very hope .

Sampai sini saja !

Bye dan Assalamualaikum !



12.12.12

Assalamualaikum w.b.t



Hai hai hai ! ape kaba korang semua ? harap sihat-sihat je lah . hari ni nak cerita sikit pasal tarikh tersebut . tak banyak lah , sikit je . heheh

Tadi kan , saya , abang saya dan Nawwar a.k.a My BFF pergi tengok wayang kat Jusco Bukit Tinggi . korang pergi jugak ke ? tak nampak pun . ehhh aku ni . macam kenal orang -,-

Kitorang tengok STRAWBERI CINTA ! korang dah tengok ? boleh tahan lah cerite nye . lakonan Yana Samsuddin a.k.a Ichigo . maksud Ichigo tu rupenye STRAWBERI “Tanya sama hati ada rasa cinta” *saje nak letak* tup tap tup tap . rupenye nama sebenar Ichigo tu Fatimah Zara . sedap kan ? mak nye orang Kedah , ayah nye Jepun . hebatkan ? *ape yg hebatnye qiba oiii -,- *

Habis cerite pukul 1.30 ptg lebih kurang . then , kitorang terus pegi solat and makan . lapaq gilee weihhh ! lepas makan , kitorang jalan-jalan kejap . kejap lah sangat :p abang saya jalan sorang-sorang . kesian pun ade . haha , saya dgn Nawwar terus kan perjalanan . masuk satu kedai ni , baju nye cantik , dah lah murah . tapi , malang ! tak de duit :(

Kitorang balik lebih kurang pukul 5 sampai rumah dekat pukul 6 lah . Alhamdulillah , semua dah solat :)

Memang best lah dapat jalan-jalan . lagi-lagi dengan BFF ! memang tak terkata lah best nye kan ? saya sarankan korang pegi lah jalan-jalan dengan BFF korang . tak rugi pun . mangkin mengeratkan hubungan silaturrahim .

Semoga persahabatan kitorang kekal selama lama lama nyeee ! Aminnn :)

Sampai sini saja !

Bye dan Assalamualaikum !



Salam Ukhwah Fillah


Assalamualaikum w.b.t


Salam ukhwah semua ! Apa khabar ? Harap semua sihat-sihat belaka !

Apa-apa pun , saya nak memperkenalkan diri saya . tak banyak , sikit je . Nama saya Noor Naqibah Binti Mohd Mar’e . Umur baru 13 tahun , tahun depan 14 lah . Saya bersekolah di SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih , Klang . Kalau nak tau , saya orang Klang . Area mana ? Rantau Panjang .



Saya ada banyak perangai ! heheh . nak tau ? Saya seorang yg :

- Baik
- Ceria
- Gila-gila
- Sporting 
- Dan lain-lain

Dan lain-lain ? pulak dah ? heheh , kalau nak tau kene lah kawan and follow blog saya ! ^^

Sampai sini sahaja entry saya kali ni . Apa-apa pun Salam Ukhwah semua ! :D


Sekian , terima kasih dan Assalamualaikum ! :)